Monday, June 18, 2012

Eiffel I'm in love

Hye you mr adit
I used to be ur tita
Aku tau sekarang kau selalu terbang di langit
Tapi,kau pernah ingat tak tentang kita?

Aku berusia 22 masa itu
Kau datang tambah warna dalam hidup aku
yang awalnya hanya ada kelabu
Yang hari-hari buat aku haru biru

*main-main rambut sambil senyum

Kau dan aku ada persamaan yang ketara
Bila hari-hari kita bercengkerama
Dari subuh sampai subuh kita tertawa
Kau memang gila


Kau suka watak tita sebab dia manja
Aku suka watak arogan dan ketampanan adit
Kau panggil aku tita sebab aku manja
Atau kau perasaan kau tampan macam adit?

*gelak sengeh,geleng-geleng kepala.

Hye,even kau bukan officially jadi adit aku
Dan aku ta officially jadi tita kau
Tapi kau telah buat aku bahagia kau tahu?
Dan aku ada kasih bahagia itu tak dekat kau?

*sengeh lagi

Kau mesti tak tahu
Aku selalu mimpikan cerita cinta aku macam movie eiffel I'm in love itu
Dan kau wujudkan mimpi aku
Terima kasih untuk itu

Kini jejak kau aku tak nampak
Seperti watak tita jugak
aku menangis bagai nak rak
Memang jadi adit macam tu perangai aku agak

Tapi tak apa
Aku masih bahagia
Kau pun mesti bahagia
Selamanya :)

Ps: kalau u baca ni,memory yang paling I tak lupa tentang u,bakso lipas!haha..see u again someday adit :)

Sunday, June 17, 2012

untuk lelaki durjana

Wahai lelaki
Ada sebab kenapa kau lelaki
Wahai lelaki
Tugas kau adalah untuk melindungi kami

Wahai lelaki
Sungguh ku tak mampu untuk mengerti
Wahai lelaki
Kenapa kau begitu lupa diri?

Wahai lelaki
Kami tercipta dari tulang rusukmu
Wahai lelaki
Hanya membelai sentuh jiwa hawa kami kenapa tak mampu?

Friday, June 15, 2012

Package Cinta

Mereka kata
Dalam cinta ada dua benda yang datangnya dalam satu package
Kebahagiaan dan kesedihan

Kalau memang cinta itu harus sedih
Aku ingin kekuatan untuk menahan air mata mengalir macam hujan

Kalau memang cinta itu harus bahagia
Aku ingin kerendahan hati untuk tak terlalu seronok dan lupa diri

Sekarang,apa aku mampu terima package cinta?

Biarkan untuk saat ini

Berhenti dan sudahlah
Hati selalu menjerit untuk aku beranjak ke arah yang betul.
Arah di mana aku dapat mengubah nasib untuk lebih bahagia.
Arah di mana aku boleh berjalan dengan langkah ringan tanpa beban
Arah di mana aku tau sepatutnya aku berada.

Tapi,
Aku tak tau kedegilan ini datangnya dari mana
Kedegilan yang selalu ingin mencuba sesuatu yang selalu gagal.
Kedegilan yang selalu ingin menaruh harapan yang tak pasti
Kedegilan yang selalu percaya pada sesuatu yang aku tak patut percaya.
Kadang aku hanya mampu bisu
Berendam air mata dan berpura-pura menjadikan senyumanku seindah surya
Kadang aku lupa siapa diri aku
Apa yang aku suka
Apa yang mampu aku capai
Apa yang mampu aku cipta
Hanya kerana kedegilan yang sukar di bendung
Kini aku lemah,tak mampu mengepakkan sayap dan terbang setinggi mungkin
Tak mampu berdiri untuk lari sejauh mungkin
Apa yang perlu aku lakukan dengan drama yang tak jumpa endingnya ini?
Apa yang perlu aku lakukan dengan drama yang meletihkan ini?
Apa yang perlu aku lakukan dengan drama yang buat semua orang muak?
Apa yang perlu aku lakukan dengan drama yang menelan air mataku begitu banyak?
Biarkan untuk saat ini aku sendiri,tanpa sunyi.

AK