Wednesday, April 24, 2013

......

Aku banyak pertanyaan yang perlu di jawab. Begitu banyak curiosity dalam minda yang buat aku tak tenang. Tapi yang aku pasti semua persoalan tu aku takkan dapat jawapan. Memang pilihan aku. Pilihan aku untuk tahu semua jawapan itu. Tapi untuk dapatkan semua jawapan aku perlu jalan menyeberangi laut. Atau mengembara di padang pasir tanpa ada air hingga aku hidrasi. Atau berjalan dalam hutan buat aku sesat tak jumpa jalan pulang. Hiperbola? Thats life. Aku tak cukup kuat untuk semua itu, jadi aku pilih untuk berada dalam ruang gelap yang isolated. Susah bernafas, boleh mati bila di teruskan. Biar aku mati dan terkubur dengan rasa penasaran. Biar aku sakit dengan give up, kerana effort yang gagal lebih menyakitkan. Setidaknya aku tak perlu menyesal dengan semua percubaan yang aku sendiri pasti takkan jumpa kemenangan. Panggil aku manusia lemah, silakan. Aku menggunakan shield tanpa perang. Aku takut senjata mereka menusuk dada aku dan tembus ke hati. Aku tak ingin hati berdarah lagi. Yang ini saja, masih belum berhenti darahnya.
Tapi, aku hanya mampu berharap tanpa bergantung dengan harapan itu. Biar mereka sendiri sedar dan berikan aku jawapan,jika hati mereka terbuka dan tau aku perlukannya lebih dari apapun. Hati manusia kita tak mampu jangka. Walau begitu gelap,tapi kadang masih tersisa cahaya..
Semoga!

No comments:

Post a Comment