Wednesday, April 24, 2013

Mimpi dan realiti tanpa malaikat penjaga

Mimpi itu nyatanya jauh sekali mendekati realiti. Paling tidak untuk diriku. Mereka kata, untuk memiliki sesuatu di mulai dengan bermimpi. Atau aku yang keliru apa maksud sebenar dengan bermimpi. Atau mungkin aku bermimpi untuk sesuatu yang sangat susah untuk dijadikan realiti. Atau hanya memang kesungguhan dan usaha itu yang belum cukup. Aku jenuh untuk merasa semua yang aku impikan sia-sia. Seperti harapan palsu untuk diri sendiri. Kemudian sakit dan rentan. Yakin akan sampai ke puncak. Yakin akan sampai gapai langit, tapi nyatanya aku jatuh terhempas dengan harapan itu. Mungkin belum masaku. Mungkin juga takkan sampai masaku. Antara asa yang semakin menipis dan keyakinan dengan harapan, aku jatuh teruk. Apa jawapan untuk semua pertanyaan?. Hey bantu aku malaikat penjagaku, kau tahu aku terlalu bergantung padamu. Tapi aku ragu, apa aku masih memiliki malaikat penjaga ataupun tak. Atau aku memang tidak perlukan dia untuk gapai mimpi? Aku sendiri, itu yang terbaik. Paling tidak untuk saat ini. Kerana belum ada yang mampu untuk buat aku mengerti. Mereka lelah dan mereka bosan. Dan itu salah satu sebab aku rentan. Lebih baik macam ni. Sepi sendiri tanpa perlu menyakiti dan di sakiti :)

No comments:

Post a Comment